AIDINA ALI

 

  • Janganlah melakukan kebaikan untuk dipuji dan janganlah meninggalkannya kerana malu.
  • Hiburkanlah hati kerana apabila ia benci, ia akan menjadi batu.
  • Petunjuk adalah sebaik-baik pemimpin, akhlak adalah sebaik-baik kawan, akal adalah sebaik-baik sahabat dan adab adalah sebaik-baik warisan
  • Janganlah menjadi orang yang mengharap akhirat tanpa amal kebaikan dan menangguhkan taubat kerana angan-angan.
  • Saudara adalah orang yang didekatkan dengan ikatan kasih sayang walaupun tidak mempunyai pertalian kekeluargaan. Manakala orang yang jauh adalah orang yang dijauhkan oleh permusuhan walaupun didekatkan dengan ikatan kekeluargaan.
  • Kekayaan paling bermakna ialah akal, kemiskinan paling ketara adalah bodoh dan kemuliaan yang paling mulia adalah akhlak terpuji.
  • Amal kebaikan tidak akan diterima kecuali dengan ketakwaan.
  • Setiap kesulitan akan ada penghujungnya.
  • Orang yang menang dalam penganiayaan pasti akan mengalami kekalahan.
  • Balasan terhadap perbuatan maksiat adalah lemah dalam ibadah, sempit dalam kehidupan dan kurang memperolehi nikmat.
  • Sesiapa yang sudah diberikan kebaikan lalu dibalasnya dengan kejahatan, maka dia telah menunjukkan peribadinya yang buruk.
  • Janganlah seseorang itu mengharap kecuali kepada Allah s.w.t dan janganlah takut kecuali terhadap dosa-dosanya.
  • Sesiapa yang memperbesarkan malapetaka yang kecil, maka Allah akan menimpakan ke atasnya malapetaka yang lebih besar.
  • Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dianggap ringan oleh pelakunya.
  • Tidak ada gunanya seseorang membanggakan diri kerana mereka pada asalnya berasal dari setitis mani dan pastinya berakhir dengan jasad tidak bernyawa. Sesungguhnya dia tidak dapat memberikan rezeki kepada diri sendiri dan menolak saat kematian.
  • Allah menyayangi seseorang yang mengenal kemampuannya dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.
  • Musuh terbesar itu adalah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
  • Tidaklah seseorang menyembunyikan rahsia hatinya melainkan akan nampak pada tutur katanya dan terlukis pada wajahnya.
  • Orang bakhil mempercepatkan kemiskinan bagi dirinya. Dia hidup di dunia laksana orang miskin dan akan dihisab kelak pada hari akhirat dengan hisaban orang kaya.
  • Tutur kata orang yang berakal itu berada di sebalik hatinya, sedangkan hati orang yang bodoh itu terletak pada tutur katanya.
  • Ilmu itu mengangkat darjat orang biasa dan kebodohan itu merendahkan darjat orang bangsawan.
  • Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.