Make your own free website on Tripod.com

ZAKAT

APA ITU ZAKAT

Zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta menurut syarat tertentu yang telah diteiapkan oleh syarak untuk diberikan kepada orang yang berhak menerimanya sebagai sedekah.

HUKUM ZAKAT

Mengeluarkan zakat hukumnya wajib bagi setiap orang yang mempunyai harta mengikut ketentuan syarak. Orang yang enggan wajib dihukumkan murtad.

HARTA BENDA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

  • Biji-bijian, buah-buahan yang menjadi bahan makan utama bagi penduduk negeri seperti padi, gandum, jagung, sekoi, buah tamar dll
  • Haiwan ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, biri-biri dan unta.
  • Emas dan perak
  • Harta perniagaan.
  • Zakat wang
  • Harta rikaz (harta terpendam / harta karun yang dijumpai)

SYARAT WAJIB ZAKAT

  • Orang Islam. Bukan Islam tidak diwajibkan berzakat.
  • Sampai nisab (sampai jumlah / kadar yang diwajibkan mengeluarkan zakat)
  • Milik yang sempurna.
  • Tertentu orang yang memiliki harta. Tidak wajib zakat harta masjid atau harta wakaf.
  • Sampai haul (setahun dalam simpanan) bagi harta perniagaan atau emas.
  • Buah-buahan atau bijian diwajibkan ketika mengeluarkan hasil.

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah ialah zakat yang wajib dikeluarkan pada hari raya fitrah (Aidilfitri). Kiraan zakat untuk seseorang ialah segantang makanan ruji tempat itu atau dengan wang yang seharga dengannya. Waktu mengeluarkan zakat fitrah ialah sepanjang bulan Ramadhan. Tetapi lebih afdal di waktu terbenam matahari di akhir Ramadhan sehingga sebelum solat sunat hari raya pada satu Syawal.

ORANG YANG WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

  • Diri sendiri
  • Tanggungan yang wajib diberikan nafkah seperti anak, ibu bapa dan isteri.

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

  • Islam
  • Mempunyai harta waktu terbenam matahari akhir Ramadhan lebih dari belanja sehari semalam.
  • Hidup pada akhir Ramadhan dan permulaan Syawal.

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

  • Orang miskin (orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi)
  • Orang fakir (Orang yang tidak mempunyai harta langsung)
  • Amil (orang yang ditugaskan mengumpul dan menguruskan zakat)
  • Muallaf (orang yang baru memeluk agama Islam)
  • Mukatab (hamba yang diminta menebuskan dirinya)
  • Gharim (orang yang berhutang)
  • Fisabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah dengan sukarela)
  • Musafir (orang yang keputusan belanja dalam perjalanan)

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT

  • Orang kaya
  • Orang kafir
  • Orang yang di bawah tanggungan pemberi zakat
  • Hamba abdi
  • Golongan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib.