APA
ITU SOLAT
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah
beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri
salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat,
seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan
najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor,
maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus
seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya
melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
-
Solat Asar sebanyak
4 rakaat
-
Solat Maghrib
sebanyak 3 rakaat
-
Solat Isyak sebanyak
4 rakaat
-
Solat Subuh sebanyak
2 rakaat
-
Solat Zohor sebanyak
4 rakaat
HUKUM
BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
-
Orang yang
meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana
meninggalkan Rukun Islam.
-
Orang yang
mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama
Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
-
Bagi yang
meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban
solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
-
a) Menurut Abu
Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta
dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat
dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
-
b) Menurut Saidina
Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja
hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
-
Kesimpulannya :
Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik,
kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada
Rukun Islam.
DALIL
YANG MEWAJIBKAN SOLAT
Firman
Alah s.w.t yang bermaksud :
1] ...
maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang
ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)
Hadis
Rasulullah s.a.w :
1] Solat
itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya.
Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat
Baihaqi )
2]
Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan
pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan
pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al -
Hakim)
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
WAKTU
YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB-SEBAB TERTENTU
-
Selepas solat subuh
sehingga matahari naik.
-
Ketika matahari naik
dengan kadar segalah
-
Ketika matahari
berada tegak di atas kepala.
-
Selepas solat asar
sehingga matahari jatuh.
-
Ketika matahari
terbenam.
PERBEZAAN ANTARA LELAKI
DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT |
PERBUATAN |
LELAKI |
PEREMPUAN |
Ketika takbir |
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak. |
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak. |
Ketika sujud |
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan. |
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan. |
Bacaan dalam solat |
Boleh menyaringkan bacaan |
Dilarang menyaringkan bacaan |
Ketika imam terlupa |
Boleh mengucapkan lafaz tasbih |
Hanya sekadar menepuk tangan kiri. |
Aurat |
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup. |
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
|
RUKUN
SOLAT
-
Niat
-
Takbiratulihram
-
Berdiri betul bagi
orang yang berkuasa
-
Membaca surah al -
Fatihah
-
Rukuk serta
tamakninah
-
Iktidal
-
Sujud
-
Duduk di antara dua
sujud
-
Duduk tahiyyat akhir
-
Membaca tahiyyat
akhir
-
Membaca selawat ke
atas Nabi Muhammad s.a.w
-
Salam pertama
-
Tertib
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
-
Meninggalkan salah
satu daripada rukun solat.
-
Berkata-kata dengan
sengaja.
-
Bergerak lebih
daripada 3 kali berturut-turut.
-
Terkentut dan yang
sewaktu dengannya.
-
Terdapat najis pada
badan dan pakaian.
-
Aurat terbuka.
-
Mengubah niat solat.
-
Membelakangkan
kiblat.
-
Makan walaupun
sedikit.
-
Minum
-
Ketawa
-
Murtad
|