RUKUN ISLAM

RUKUN ISLAM ADA 5 PERKARA :

1) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Kalimah Syahadah merupakan pengakuan seseorang itu tentang mentauhidkan Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. kalimah ini sebagai batas iman dan kufurnya seseorang itu.

Kalimah pertama bermaksud :

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah"

Kalimah kedua bermaksud :

"Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah"

2) SOLAT FARDHU LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM

Solat merupakan tiang agama. Tanpa solat segala amalan umat Islam adalah sia-sia. Yang membezakan di antara seorang Islam dengan bukan Islam juga adalah solat 5 waktu sehari semalam.

SOLAT

RAKAAT

Subuh

2

Zohor

4

Asar

4

Maghrib

3

Isyak

4

3) MENGELUARKAN ZAKAT

Zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta menurut syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak untuk diberikan kepada orang yang berhak untuk menerimanya sebagai sedekah wajib. Mengeluarkan zakat hukumnya wajib bagi tiap-tiap orang yang mempunya harta menurut ketentuan syarak. Orang yang ingkar wajib dihukumkan murtad.

4) BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN

Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Semasa dalam bulan Ramadhan setiap umat Islam yang memenuhi syarat diwajibkan berpuasa selama sebulan.

5) MENGERJAKAN HAJI BAGI YANG MAMPU

Mengerjakan haji ialah mengunjungi Baitullah (Kaabah) di Mekah untuk beribadat pada waktu tertentu dengan syarat tertentu. Mengerjakan haji hukumnya adalah wajib sekali dalam seumur hidup bagi mereka yang mampu.