HAJI

APA ITU HAJI

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah untuk beribadat pada waktu-waktu tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Mengerjakan haji hukumnya wajib sekali dalam seumur hidup bagi yang mampu.

 

SYARAT WAJIB HAJI

  • Beragama Islam
  • baligh
  • Berakal
  • Merdeka, tidak wajib bagi seorang abdi
  • Berupaya / berkemampuan iaitu ada perbelanjaan yang cukup, kenderaan yang baik dan aman dalam perjalanan.

 

RUKUN HAJI

Iaitu amalan yang wajib dikerjakan dan tidak sah haji sekiranya ditinggalkan :

  • Niat mengerjakan haji pada bulan haji, iaitu mulai 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah
  • Wukuf di Arafah
  • Tawaf mengelilingi kaabah tujuh kali selepas wukuf
  • Sai' tujuh kali bergi balik di antara Safa dan Marwah
  • Bercukur atau menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya tiga helai
  • tertib iaitu mengikut susunan

 

WAJIB HAJI

Iaitu perkara yang wajib dikerjakan, jika ditinggalkan sah hajinya tetapi wajib membayar dam (denda) yang telah diteiapkan oleh syarak :

  • Berniat di Miqat (tempat yang telah ditentukan untuk berniat haji atau umrah)
  • Bermalam di Mudzalifah sesudah wukuf di Arfah
  • Bermalam di Mina ()11, 12, dan 13 Zulhijjah)
  • Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
  • Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah
  • Meninggalkan segala perkara yang haram dilakukan sewaktu mengerjakan haji

 

SUNAT HAJI

  • Mandi ketika hendak berniat haji
  • Memakai wangi-wangian sebelum berniat
  • Memakai kain ihram yang bewarna putih
  • Membaca talbiah
  • Berzikir dan berdoa di Masjidil Haram

 

CARA MENGERJAKAN HAJI

Terdapat tiga cara untuk menuanaikan haji :

  • HAJI IFRAD - mengerjakan haji sahaja manakala umrah dilakukan pada lain masa iaitu bukan dalam bulan haji (cara ini adalah afdal)
  • HAJI TAMATTUK - melakukan umrah dalam bulan haji, kemudiannya berniat mengerjakan haji (cara ini diwajibkan dam)
  • HAJI QIRAN - menegrjakan haji dan umrah serentak dengan berniat ihram kedua-duanya sekaligus (cara ini dikenakan dam)

 

 

MIQAT HAJI

  • Mekah ; bagi penduduk Mekah
  • Zulhulaifah (Bi'r Ali) ; bagi penduduk yang datang dari sebelah Madinah
  • Yalamlam ; bagi yang datang dari Yaman atau dari jalan laut di selatan
  • Aljuhfah ; Bagi yang datang dari Syam, Mesir atau dari Eropah
  • Qarnul Manazil ; Bagi yang datang dari timur dengan kapal terbang
  • Zatu Irqin ; bagi yang datang dari Iraq
  • ** Niat ihram umrah bagi penduduk Mekah adalah keluar ke tanah halal

 

PERKARA YANG DIHARAMKAN KETIKA HAJI

  • Memakai pakaian bersarung (lelaki) mekmakai sarung tangan (perempuan)
  • Menutup kepala (lelaki) menutup muka (perempuan)
  • Memakai wangi-wangian atau minyak rambut
  • Bercukur atau mencabut rambut sebelum sampai waktu bercukur
  • Mengerat kuku
  • Melakukan akad nikah
  • Bersetubuh atau bergurau yang mendatangkan syahwat
  • Memotong atau mencabut tumbuhan liar di Tanah Haram